Pemasang Perabot Dihukum Gantung Kerana Bunuh Pekerja Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Isnin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemasang perabot kerana membunuh seorang pekerja inap desa wanita rakyat Indonesia enam tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mendapati Yap Boon Thai, 38, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, bersalah membunuh Ismiyanti, berumur 30-an, pada 7 Jun 2005 antara 7.45 malam hingga 8.40 malam di SP Rilek Homestay, Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata keterangan pembelaan tertuduh hanyalah satu bentuk penafian semata-mata.

"Tujuan sebenar awak membunuh adalah untuk merompak," kata Zamani.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Yap mendakwa beliau cuba menolong Ismiyanti semasa ditikam seorang lelaki yang memasuki biliknya menyebabkan dia tercedera. Zamani berkata mahkamah meragui keterangan tertuduh kerana Yap membiarkan wanita itu mati dan sepatutnya dia mendapatkan bantuan.

Dalam kejadian itu, Ismiyanti ditugaskan majikannya untuk memungut sewa dan mencuci bilik, dan mangsa dipercayai dibunuh oleh tertuduh yang memanggilnya untuk memeriksa lampu bilik yang didakwa tidak menyala.

Mangsa ditemui tertiarap oleh rakan sekerjanya pada 8.30 pagi hari berikutnya.

Tertuduh ditangkap dua hari selepas kejadian itu dan pihak polis menemui semula dua telefon bimbit mangsa yang telah dijual oleh Yap, kad sim yang telah dipatahkan dan kunci bilik inap desa itu yang dibuang ke dalam longkang.

Pemeriksaan forensik mendapati terdapat 69 tikaman di anggota badan mangsa manakala ujian DNA mendapati darah Yap bercampur dengan darah mangsa dan pisau yang digunakan ditemui tersorok dalam cadar di bilik itu.

Yap yang dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, diwakili peguam Dave Kumarendran dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan