Liwat II: Lelaki Bawa Tukul Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 46 tahun dipercayai penyokong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin, kerana membawa tukul besi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut selepas didapati berkelakuan mencurigakan.

“Lelaki tersebut memakai pakaian seragam pengawal keselamatan, tetapi seragam itu berlainan daripada apa yang digunakan oleh pengawal keselamatan di mahkamah,” katanya.

Zakaria juga memberitahu, secara keseluruhan keadaan di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini adalah terkawal walaupun dipenuhi hampir 700 penyokong Anwar.

Semua mereka melaungkan takbir yang diselang-selikan dengan laungan ‘reformasi’.

Mereka juga membawa kain rentang tertera perkataan seperti ‘hapuskan politik fitnah’, ‘kami bersama Anwar’ dan ‘ingat seorang Anwar dipenjarakan, akan ada beribu-ribu lagi Anwar’.

Difahamkan, penyokong-penyokong tersebut ada yang datang dari Kedah dan Perak dan telah mula berkumpul seawal jam 4 pagi.

Kawalan keselamatan di sekitar perkarangan mahkamah juga ditingkatkan dengan kehadiran hampir 100 anggota polis termasuk dengan penggunaan anjing pengesan yang dibawa memeriksa kawasan lobi mahkamah.

Pada Isnin, Anwar diarahkan untuk membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan berlaku tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab oleh Anwar terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Anwar, 63, didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

Bagi kesalahan itu, Ketua Pembangkang tersebut didakwa mengikut Sksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh akan mula membela diri pada 6 Jun sehingga 30 Jun depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan