Hishammuddin Fail Saman Terhadap Anwar Berhubung Video Lucah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengucapkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung video lucah yang memaparkan aksi mirip seorang pemimpin pembangkang bersama seorang wanita.

Hishammuddin memfailkan saman itu pada 26 April lepas melalui Tetuan Zul Rafique & Partners di Mahkamah Tinggi Sivil Baru di sini. Pihak media memperoleh writ saman itu melalui carian semula fail.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Hishammuddin berkata Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis berhubung video lucah itu, pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Beliau berkata semasa wawancara itu, Anwar telah mengucapkan kata-kata fitnah yang kemudiannya diterbitkan secara meluas di media dan juga internet.

Hishammuddin, 50, berkata kata-kata itu antara lain bermaksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kata-kata tersebut juga antara lain bermaksud beliau yang mengatur penayangan video itu dan berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan polis berhubung penayangan video itu.

Beliau berkata pada 8 April lepas, peguamcaranya telah menulis surat kepada Anwar agar menarik balik kenyataannya yang dibuat kepada media, juga menerbitkan permintaan maaf dan supaya Anwar tidak mengulangi sebarang kata-kata yang diucapkan. Bagaimanapun, pada 22 April, Anwar melalui peguamcaranya telah membalas surat itu dengan menafikan bahawa kata-kata itu adalah bersifat fitnah.

Hishammuddin berkata penerbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan kerosakan teruk dari segi reputasi peribadi dan profesional, jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri, di mata rakyat Malaysia.

Menteri itu mendakwa bahawa disebabkan penerbitan kata-kata fitnah itu, beliau telah diheret ke dalam skandal dan dibenci di samping reputasi peribadi dan profesional telah tercemar dengan teruk. Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menahan Anwar sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya, menerbitkan atau terus menerbitkan kata-kata itu yang menfitnahnya.

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan