Warga Emas Didakwa Rogol Anak Tiri

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun 10 bulan.

Lelaki berusia 58 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu antara tahun 2005, iaitu sejak mangsa berusia lima tahun sehingga 30 April lalu di rumah mereka di Seksyen 17, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim tidak menawarkan jaminan diberikan kepada tertuduh kerana bimbang tertuduh akan menganggu saksi, iaitu mangsa dan ibunya.

Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 Jun depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan