Perbicaraan Kes Dadah Benjy Disambung

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes dadah membabitkan pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy diteruskan di Mahkamah Majistret di sini selepas ditangguhkan ekoran keadaan kesihatan pelakon terbabit.

Benjy, 33, yang baru keluar dari Pusat Pakar Damansara, di sini pada Selasa, hadir di mahkamah dengan ditemani oleh ibunya, seniwati Azean Irdawaty.

Sebelum ini, Benjy telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan untuk menerima rawatan sakit asma yang dihidapinya selepas berkahwin.

Penyakitnya dikatakan semakin teruk apabila dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor sebelum dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Sebaik sahaja prosiding pada Rabu bermula, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy mengemukakan sijil sakit anak guamnmya sebagai bukti kepada Majistret Haffiza Sauni.

Perbicaraan hari ini diteruskan dengan keterangan saksi pendakwaan kelima, Lans Koperal Shafiq Sabirin, 27, yang bertugas sebagai detektif di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Menurut saksi, dia terlibat dalam operasi penahanan Benjy pada 11 Mac lalu dan merupakan individu yang menggari tangan pelakon Kerana Cintamu Saerah itu.

"Saya juga diarahkan untuk membuat pemeriksaan badan terhadap suspek lelaki (Benjy) dan menjumpai sejambak kunci pada poket seluar kanan.

"Kemudian saya diarahkan untuk bawa suspek ke rumah jenis kondominium di Vista Mutiara dan untuk masuk ke kawasan rumah memerlukan kad yang dijumpai dalam kereta jenis Kia sportage nombor pendaftaran WJU 3800," katanya.

Shafiq juga memberitahu, berdasaran pemerhatiannya sebelum itu, kereta berkenaan dinaiki oleh Benjy dan seorang wanita yang merupakan bekas pembantu peribadinya, Afifi Hamid.

Benjy sedang dibicarakan atas tuduhan memiliki 0.24 syabu pada pukul 4 petang, 11 Mac lalu di rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Anak tunggal lelaki dalam keluarga itu juga didakwa memiliki 0.14 gram syabu di rumah bernombor C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong, di sini, pada pukul 3 petang, hari yang sama.

Dia kini berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat dan Noormawarni Abdul Halim.

Perbicaraan akan bersambung pada Khamis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan