Pembunuh Ustazah, Anaknya Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban Khamis menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemasang paip kerana membunuh seorang ustazah dan anak lelakinya berusia 10 tahun pada tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Ahmad Nasfy Yasin mendapati Ali Tan Abdullah, 35 tahun bersalah kerana membunuh jiran sebelah rumahnya ustazah Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusoff di B5-1-09B, Flat Win Min, Pasar Baru Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2 Sept tahun lepas.

Dalam keputusannya, hakim itu berkata Ali Tan memberi keterangan bahawa dia hanya memasuki rumah mangsa untuk mengambil barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan alat permainan Playstation tetapi tidak membunuh mangsa dan anaknya.

Dia kemudian telah menggadai barang kemas itu dan menghantar komputer riba tersebut ke sebuah kedai untuk diformatkan. Selepas kejadian itu, Ali Tan tidak pulang ke rumah sebaliknya bermalam di sebuah hotel, katanya.

"Selepas kejadian, rumah mangsa dikunci dengan baik dan tidak ada kesan pecah masuk. Ini menunjukkan bahawa tertuduh adalah orang terakhir yang bertemu mangsa. Semua keterangan tertuduh adalah satu bentuk penafian semata-mata tanpa sokongan daripada sesiapa," kata beliau.

Menurut suami mangsa, Mohd Yusoff Awang Besar, Allahyarham isterinya selalu memakai barang-barang kemas dan pada kejadian itu tertuduh telah bergelut dengan mangsa untuk merampas barang kemas tersebut.

"Pergelutan di dalam rumah menunjukkan tertuduh cuba merampas barang kemas itu. Mangsa juga mengalami beberapa kecederaan ketika dalam usahanya untuk mempertahankan diri. Muka dan leher mangsa lebam akibat dipukul dengan benda tumpul," katanya.

Ketika kejadian itu, suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di Mesir.

Ali Tan yang dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, diwakili peguam Philip Yeow Boon dan S Gobind dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan