Lans Koperal Didakwa Cedera Dan Ugut Isteri

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan dan mengugut isterinya yang juga warga Indonesia, tiga hari lalu.

Arman Rosdi, 37, didakwa mencederakan isterinya Septi Harianti, 23, dengan menggunakan mangga besi jenama Solex dan kasut but di rumah mereka di 23B-2-4, Perumahan Polis Desa Tasik Sungai Besi, Cheras pada 8.40 pagi, 9 Mei 2011.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa mengugut isterinya itu di lokasi dan pada masa dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim mencadangkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati mangsa.

Bagaimanapun, Majistret Hafizza Sauni tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh sehingga mangsa yang difahamkan masih dirawat di hospital mendapat perlindungan atau tempat tinggal lain untuk memastikan keselamatannya terjamin.

Mahkamah menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh melantik peguam bela.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan