Anak Ketua Menteri Sarawak Sah Cerai

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mahmud Abu Bekir Taib. Foto THE STAR/ AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Mahmud Abu Bekir Taib. Foto THE STAR/ AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib dan isteri, Datin Seri Shahnaz A. Majid sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.

Mahmud Abu Bekir Taib melafazkan talak terhadap Shahnaz pada pukul 10.30 pagi, selepas permohonannya untuk bercerai secara baik dibenarkan oleh mahkamah.

Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahmud Abdullah kemudiannya mensabitkan gugur talak kali pertama dengan jumlah satu dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah selama tiga kali suci.

Shahnaz, 48, yang merupakan kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid kelihatan tenang semasa mendengar lafaz tersebut.

Terdahulu, Muhamad membenarkan Mahmud Abu Bekir Taib, 48, melafazkan talak mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 selepas berpuas hati bahawa perkahwinan yang dibina pada 9 Januari 1992 telah lama berantakan dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Beliau juga telah dimaklumkan bahawa pasangan tersebut telah tinggal berasingan dan tidak menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama hampir 11 tahun.

Pada prosiding sama, pasangan itu juga bersetuju agar hak jagaan anak tunggal mereka, Raden Murya yang lahir pada 11 Disember 1993 diberikan kepada Shahnaz manakala Mahmud Abu Bekir Taib diberikan hak lawatan dan bermalam mengikut kesesuaian.

Bagaimanapun, pasangan itu masih tidak dapat mencapai persetujuan dalam permohonan tuntutan mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian yang difailkan oleh Shahnaz.

Menurut peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Mahmud Abu Bekir Taib, pihaknya memerlukan lanjutan masa untuk mengambil tindakan selanjutnya dalam permohonan tersebut.

"Jika dilihat pada jumlah tuntutan dan nilai harta yang disenaraikan, kami memerlukan tarikh lain sama ada kami akan memfailkan pernyataan pembelaan atau akan ada penyelesaian dalam tuntutan itu," katanya.

Sehubungan itu, Muhamad menetapkan 27 Jun depan untuk mendapatkan status permohonan tersebut dan mengingatkan bahawa kes itu akan terus dibicarakan pada hari itu, sekiranya tiada penyelesaian dicapai.

Dalam permohonan mutaah yang difailkan oleh Shahnaz, beliau menuntut RM100 juta yang dipercayai suatu jumlah yang munasabah dengan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun, selain ia berpadanan dengan pendapatan Mahmud Abu Bekir Taib.

Jumlah itu juga didakwa sebagai keadilan untuk beliau memulakan hidup baru sesuai dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.

Shahnaz juga menuntut agar RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian yang meliputi harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Sebelum ini, Shanaz pernah memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini kerana mendakwa Mahmud Abu Bekir Taib telag berubah sikap dan amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999.

Beliau yang juga mendakwa dirinya dikasari juga menyatakan dirinya tidak dilayan dengan adil selepas Mahmud Abu Bekir Taib bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Pada prosiding itu, Shahnaz diwakili peguam-peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan