Injunksi 41 Keluarga Terhadap DBKL Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan injunksi yang dimohon oleh 41 keluarga di Ladang Bukit Jalil, dekat sini terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menghalang kerja-kerja meroboh rumah mereka sehingga penyelesaian penuh saman.

Hakim Datin Zabariah MOhd Yusof seterusnya menetapkan 17 dan 18 Oktober depan sebagai tarikh pendengaran saman itu dan mengarahkan supaya dokumen yang berkaitan dimasukkan sebelum 20 September depan.

Pada prosiding itu, semua 41 keluarga tersebut diwakili oleh peguam Datuk S. Ambiga.

Galeri awam mahkamah juga dipenuhi oleh penduduk ladang tersebut dan ada dikalangan mereka yang memakai t-shirt kuning tertera perkataan sokongan kepada ladang berkenaan.

Pada 14 Mac lalu, S. Veerasingam dan 40 lagi plaintif yang merupakan bekas pekerja estet memfailkan saman untuk menuntut bahawa mereka mempunyai hak eksklusif dan ekuiti terhadap tanah seluas kira-kira 4 ekar itu bagi menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada menceroboh rumah mereka.

Plaintif mendakwa mereka menerima notis pengusiran bertarikh 1 Mac lalu daripada Datuk Bandar yang mengarahkan supaya mereka mengosongkan rumah masing-masing sebelum atau pada 14 Mac lalu.

Sementara itu, Ambiga yang ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya akan memfailkan notis rayuan selewat-lewatnya pada Rabu, bersama dengan permohonan injunksi sementara untuk menghalang kerja-kerja pencerobohan sehingga kes diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

"Kita tidak mahu plaintif tidak berumah dan berharap supaya kerja-kerja merobohkan rumah-rumah plaintif tidak dijalankan sehingga pendengaran penuh saman, " katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan