Gores Dan Menang: Tiga Jurujual Didenda RM100

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga jurujual masing-masing diarahkan untik membayar denda RM100 selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan jualan langsung gores dan menang tanpa lesen.

Mereka yang dihukum ialah Chew Ruenn Liu, 21, Ong Tian Hoo, 22, dan Seah Kah Sheng, 21 tahun.

Mereka didakwa menjalankan perniagaan tersebut pada pukul 1 petang, 4 Mei lalu di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini.

Jumlah denda RM100 itu merupakan denda maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Majistret Hafizza Sauni mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Kecil No:3/55 Pindaan Akta 336/87.

Selain denda RM100, seksyen tersebut juga menyatakan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara tidak melebihi sebulan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh untuk dijadikan pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, semua tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam merayu agar hukuman diringankan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan