Bekas Menteri Pengangkutan Dibicarakan September

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy yang didakwa atas pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan kos pembangunan hampir RM1.9 bilion akan dibicarakan pada September depan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Azhaniz Teh Azman Teh pada Selasa, menetapkan supaya perbicaraan itu dijalankan secara berterusan bermula 20 sehingga 30 Ogos September.

Pada prosiding Selasa, Azhaniz Teh turut menetapkan 10 Ogos depan sebagai sebutan untuk menguruskan hal-hal berkaitan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan hadir bagi pihak pendakwaan, sementara Chan diwakili peguam-peguam Mohd Firuz Jaffril dan Arthur Wang.

Pada 28 Februari lalu, Chan, 55, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyembunyikan fakta mengenai pembiayaan kos pembangunan sehingga Abdullah bersetuju supaya kelulusan diberikan kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) selaku pemaju siap guna.

Fakta-fakta yang didakwa disembunyikan ialah pembiayaan tersebut akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui tiga syarikat berlainan dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan.

Abdullah selaku Perdana Menteri pada waktu tersebut tidak akan memberikan persetujuan jika fakta-fakta tersebut dimaklumkan kepada beliau.

Ketiga-tiga tuduhan didakwa dilakukan di antara 24 Februari 2004 dan 29 Mac 2006 di Tingkat 4, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Bagi semua pertuduhan itu, Chan didakwa mengikut Sekysen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chan yang dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin hadir ke mahkamah bersama isteri, Puan Sri Ann Chan serta anak perempuannya.

Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan kedua yang didakwa di mahkamah berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 1 Ogos depan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan