Kes Saman Malayan Banking RM1.28 Bilion Didengar 21 September

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pemaju yang memfailkan saman RM1.28 bilion terhadap Malayan Banking Berhad berhubung pelantikan dua individu sebagai Penerima dan Pengurus (P&P) bagi mengambil alih pengurusan syarikat itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 21 dan 22 September depan.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak apabila kes itu disebut di hadapan beliau untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Bistari Land Sdn Bhd memfailkan saman terhadap bank berkenaan dan menamakan Datuk Gan Ah Tee dan Mok Chew Yin yang merupakan ejen kepada bank itu, sebagai defendan dan mendakwa pelantikan kedua-dua defendan itu sebagai P&P oleh bank itu telah menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian.

Peguam Sng Eu Kim mewakili syarikat itu manakala peguam Lim Siew Ming mewakili Malayan Banking dan peguam Lee Shih mewakili Gan dan Mok.

Sng memberitahu pemberita, mahkamah juga menetapkan 27 Mei ini untuk pengurusan kes. LAGI

Dalam pernyataan tuntutannya, syarikat itu yang terlibat dalam projek pembangunan bercampur Bandar Bistari Perdana di Johor Baharu, mendakwa walaupun syarikat itu telah memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Johor Baharu bagi menghalang bank itu daripada melantik P&P dalam syarikat itu, bank itu masih melantik P&P.

Permohonan injunksi itu dipohon sehingga penyelesaian kes saman yang difailkan syarikat pemaju itu terhadap bank berkenaan atas dakwaan kemungkiran Perjanjian Kemudahan-kemudahan yang telah dibuat antara syarikat itu dengan bank tersebut.

Syarikat itu memfailkan saman kemungkiran terhadap bank itu di Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 8 April tahun lepas.

Pada 23 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi Johor Baharu membenarkan permohonan injunksi syarikat itu dan memerintahkan Gan dan Mok disingkirkan sebagai P&P bagi syarikat itu.

Ia memohon ganti rugi sebanyak RM680 juta, ganti rugi am RM400 juta, ganti rugi teladan RM200 juta, kos dan juga faedah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan