Balkis: Permohonan Peguam Negara Bagi Kebenaran Merayu Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan negeri Selangor dan sembilan yang lain untuk mencabar kesahihan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, kekal.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Peguam Negara bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Balkis ialah pertubuhan amal dan kebajikan isteri-isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan anggota Parlimen Selangor.

Permohonan kebenaran yang difailkan oleh Peguam Negara ditolak oleh panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff.

Pada 11 September 2009, kerajaan negeri Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Puan Sri Salbiah Tunut selaku presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd berjaya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan ROS.

Berikutan keputusan hari ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu.

Balkis menjadi tajuk berita selepas Abdul Khalid mendakwa berlaku penyelewengan dana Balkis semasa di bawah pimpinan presidennya sebelum ini, Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pada 11 Februari, 2009 ROS membubarkan Balkis. Dalam permohonan bagi kebenaran untuk semakan kehakiman, kesemua 10 responden memohon pembatalan pendaftaran pertubuhan itu ditarik balik.

Pada 2 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Responen menyatakan keputusan pemegang jawatan untuk membubarkan Balkis, menutup akaunnya dan menderma RM9,916,140.84 kepada BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri), boleh dianggap sebagai pecah amanah.

Mereka mendakwa ini kerana kerajaan negeri Selangor dan enam agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada para responden yang menaja Balkis daripada segi wang tunai dan tanah. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan