Pendengaran Permohonan Soal Balas Syed Hamid 15 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan seorang wanita berketurunan Melanau dari Sarawak untuk menyoal balas bekas Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN),Tan Sri Syed Hamid Syed Albar akan didengar pada 15 Jun depan.

Permohonan tersebut akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Datuk Rohana Yusuf.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Lim Heng Seng yang mewakili wanita terbabit, Jill Ireland Lawrence Bill, 29, yang memfailkan permohonan untuk menyoal Syed Hamid bersama seorang pegawai Kastam bernama Suzanah Muin.

Pada prosiding Jumaat, reponden iaitu KDN dan Kerajaan Malaysia diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi.

Jill memohon untuk menyoal balas Syed Hamid dan Suzanah ekoran afidavit yang diikrarkan oleh bekas menteri berkenaan pada 2 Jun tahun lalu yang dikemukakan oleh responden untuk digunakan dalam perbicaraan semakan kehakiman pemohon.

Pemohon mahu mendapatkan kebenaran untuk mencari dan memeriksa dokumen dalam bentuk surat, laporan, kertas siasatan, memorandum, minit mesyuarat dan perbincangan yang berada dalam simpanan jemaah menteri, menteri atau jabatan termasuk dokumen mengandungi alasan, asas kepada arahan.

Pada 20 Ogos 2008, Jill memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) bagi mengarahkan KDN mengembalikan lapan cakera padat (CD) mengenai ajaran Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah'.

Jill yang merupakan seorang kerani mendakwa, semua CD tersebut dirampas semasa dia tiba di Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, dekat sini pada 1 Mei 2008.

Wanita itu mendakwa CD terbabit yang mengandungi judul termasuk "Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah", "Cara hidup Dalam Kerajaan Allah" dan "Ibadah Yang Benar dalam Kerajaan Allah" dibawa masuk dari Indonesia dan adalah untuk kegunaan sendiri.

Jill seterusnya mendakwa, dia telah menerima surat daripada KDN bertarikh 7 Julai 2008 yang menyatakan kesemua CD terbabit telah disita dan dirampas di bawah Seksyen 9(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Antara sebab-sebab yang diberikan oleh KDN untuk merampas CD tersebut ialah ia mengandungi istilah larangan, menggugat ketenteraman awam dan melanggar garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan