Mahkamah Ketepi Sabitan Pasangan Eksekutif Bank Gaji Warga Asing Tanpa Permit

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman dan sabitan terhadap sepasang suami isteri eksekutif bank yang masing-masing didenda RM15,000 kerana kesalahan menggajikan warga asing tanpa permit Januari lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pada pada 21 Jan lepas kerana mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pasangan Wan Mohd Fairuz Wan Abdul Kadir, 30, dan isteri Kasmiranil Abah, 28, mengupah warga asing itu di kediaman mereka pada 30 September 2009.

Beliau berkata walaupun pihak pendakwaan membuktikan bahawa pasangan itu ada menyediakan sebuah bilik kecil untuk seorang wanita warga Indonesia, yang dikenali sebagai Manisah, tidur dan menyimpan barangannya, tidak semestinya warga asing itu diambil bekerja sebagai amah oleh pasangan itu.

"Menginap di sebuah bilik bukan satu tanda diambil bekerja," katanya.

Menurut hakim, ada kemungkinan Manisah dibenarkan tinggal di rumah pasangan itu di No 7, Jalan Desa Melor, Taman Melor, Serendah, atas dasar belas kasihan.

Mohd Sofian berkata beliau mendapati tiada siasatan mahupun persoalan dibangkitkan mengenai pekerjaan Manisah di rumah pasangan itu seperti "bangun pukul berapa dan pukul berapa dia tidur" selepas melakukan pekerjaannya.

Wan Mohd Fairuz dan Kasmiranil didakwa melakukan kesalahan menggaji Manisah yang tidak memiliki pas pekerjaan dan dokumen perjalanan yang sah di kediaman mereka, mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/1963 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Mereka diwakili peguam Aminuddin Mohd Ramli manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P. Kunyalan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan