Shazryl Eskay Gagal Saman Merong Mahawangsa

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang terlibat dalam pendedahan video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang - gagal dalam samannya bernilai RM20 juta terhadap Mergong Mahawangsa Sdn Bhd yang didakwa telah melanggar kontrak ekoran pembatalan projek 'jambatan bengkok' yang akan menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk V.T Singham padap Khamis, berkata Shazryl tidak berhak untuk menuntut bayaran itu yang dikatakan sebagai upah bagi membantu mendapatkan projek tersebut bukan kerana ia bertentangan dasar awam, tetapi kerana beliau selaku plaintif telah bersetuju untuk mengembalikan RM20 juta itu atau sebahagiannya jika penganugerahan projek itu ditamatkan atau projek dibatalkan.

Pada 12 April 2006, kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek tersebut.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat plaintif tidak berhak untuk menuntut memandangkan klausa perjanjian mestilah dibaca secara keseluruhan sesuai dengan prinsip perjanjian yang ditafsirkan.

"Projek tersebut telah ditamatkan, maka tuntutan plaintif juga dihentikan," katanya yang membuat keputusan itu tanpa kehadiran Shazryl, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pada penghakimannya, Singham juga berkata, projek-projek yang melibatkan jumlah yang besar haruslah dilakukan menerusi tender terbuka, dan bukannya melalui pengaruh menteri atau pemimpin politik untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

Dalam kes ini, Shazryl memfailkan saman terhadap Mergong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya, Datuk Yahya Abdul Jalil pada tahun 2002 kerana mendakwa telah melanggar kontrak selepas gagal untuk membayar RM20 juta kepadaya yang mendapatkan kontrak pembinaan jambatan tersebut.

Shazryl dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Yahya telah menemuinya sekitar tahun 1998 untuk mendapatkan bantuannya bagi memperoleh projek jambatan tersebut untuk menggantikan Tambak Johor kerana 'hubungan baiknya' dengan pihak kerajaan.

Beliau juga mendakwa, beliau telah membawa Yahya untuk berjumpa dengan Datuk Seri Anwaer Ibrahim yang semasa itu menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk berbincang mengenai projek berkenaan.

Bagaimanapun, beliau seterusnya mendakwa tidak menerima sebarang bayaran meskipun laporan media menyatakan projek tersebut telah bermula.

Justeru itu, Shazryl yang merupakan seorang daripada 'Trio Datuk T' memfailkan saman tersebut untuk menuntut RM20 juta termasuk kos dan faedah serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berdasarkan kenyataan pembelaannya, Yahya menafikan dakwaan Shazryl bahawa beliau menggunakan hubungan baik plaintif dengan kerajaan kerana perkara tersebut bertentangan dengan polisi awam dan menyalahi undang-undang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan