Bapa Didakwa Rogol Anak Lapan Tahun

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun sembilan bulan.

Lelaki berusia 43 tahun itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan terkutuk itu antara 10 Mac dan 3 Ogos 2010 di rumah mereka di Pandan Indah, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Dalina Ali mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bakal meringkuk di penjara sementara menanti perbicaraan kerana Hakim Roszianayati Ahmad tidak membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan.

Di Mahkamah Majistret di sini pula, tertuduh sekali lagi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul mangsa.

Dia didakwa melakuka perbuatan itu dengan cara memasukkan jarinya ke dalam bahagian sulit mangsa di tempat dan pada masa yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 354 kanun yang sama.

Majistret Aida Mastura Mohamed Aman menetapkan kes itu disebut semula pada 27 Mei ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan