Pekerja Sambilan Sebabkan Kematian Rakan Dihukum Penjara 11 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memerintahkan seorang pekerja sambilan dihukum penjara selama 11 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian rakannya yang dicampakkan ke dalam tasik dengan keadaan tangan dan kaki yang terikat.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan supaya A. Chandra Segaran, 27, menjalani hukuman tersebut bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 26 Mei 2009.

Chandra Segaran yang bertubuh besar itu didakwa menyebabkan kematian S.Gunasegaran, 23, pada antara pukul 8 pagi, 28 Disember 2008 dan pukul 1.40 petang, 4 Januari 2009 di tepi Tasik Empangan Semenyih, Hulu Langat, dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama dua lagi rakan subahat yang masih bebas.

Berdasarkan fakta yang diakui oleh tertuduh, mangsa yang baru tiba di Batu Caves, dekat sini dari Johor dibawa ke tasik berkenaan dengan menaiki sebuah kereta jenis Nissan Cefiro nombor pendaftaran WGA1679 pada 28 Disember 2008.

Di tasik berkenaan, baju mangsa dikoyakkan digunakan untuk mengikat kedua-dua belah tangan dan kakinya sebelum dia dicampakkan ke dalam tasik.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui terapung tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh seorang orang awam yang membuat laporan polis pada pukul 1.40 petang, 4 Januari 2009.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pada 5 Januari 2009, mangsa disahkan mati akibat kelemasan sebelum identitinya diperoleh menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam-peguam M. Athimulan dan Tamil Salvan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan