Perbicaraan Kes Liong Sik Ditangguh Kepada 1 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penipuan RM1.08 bilion berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik ditangguh kepada 1 Ogos ini.

Kes itu ditangguh selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan masa untuk mengubah status klasifikasi minit mesyuarat Kabinet.

Ling, 67, yang juga bekas presiden MCA, menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk sebuah projek hab pengedaran mega di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan