Lelaki Warga Nigeria Diperintah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi hari ini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 1,149 gram dan Monoacetymorphines seberat 206 gram, tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 20 dan 21 Jun ini bagi mendengar kes itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chigozie Ifediora Ejiofor, 28.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebelah Restoran KFC, Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini pada 5 petang, 8 Mei tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang boleh digantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan