Bekas Polis Bunuh Anggota Rela Dihukum Gantung

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas anggota polis dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, selepas didapati bersalah membunuh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), tiga tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh Mohd Fadli Mohd Yusof@ Katang, 39, gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mohd Fadli didakwa membunuh Suhadi Ramli, 37, pada antara pukul 6.15 petang, 25 Julai dan 3.30 petang, 28 Julai 2009 di Jalan Keretapi Lama, Rantau Panjang, Klang, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan dan perbicaraan melibatkan 27 saksi termasuk tiga saksi pembelaan.

Tertuduh diwakili peguam K. Vikneswaran.

Berdasarkan keterangan, mayat mangsa yang hanya berseluar jeans ditemui di dalam longkang dalam keadaan terbaring dan sudah reput dan berbau busuk.

Dua rakan tertuduh, Azwan Osman dan Azahari Hamzah yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan memberitahu, mereka melihat tertuduh mengambil mangsa dari rumah rakannya di Kampung Awah, Temerloh, Pahang kononnya untuk dibawa ke Bukit Aman.

Mangsa yang merupakan anak kedua daripada 13 beradik kemudiannya dipukul di sekitar kawasan kebun getah di Mempaga, Pahang sebelum dimasukkan ke dalam tempat letak barang kereta dan dibawa ke tempat kejadian.

Laporan bedah siasat menyatakan mangsa mati akibat kecederaan teruk di kepala yang disebabkan oleh objek tumpul dan Azwan serta Azahari melihat tertuduh menggunakan kayu beluti untuk memukul mangsa.

Sementara itu, ibu kepada mangsa, Saemah Mohamad, 58, menyambut keputusan itu dengan rasa syukur dan menganggap ia sebagai pembalasan atas kehilangan anaknya.

"Lega, satu dibalas satu. Mak Cik tidak akan maafkan dia. Nyawa anak mak cik dah pergi.

"Sebagai seorang ibu, jangan katakan orang pukul anak, jentik pun kita sudah marah," katanya yang sanggup datang dari Mentakab, Pahang untuk mengikuti perbicaraan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan