Koroner Beri Penghakiman Terbuka Inkues Ramli Mohamad

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Mahkamah Koroner di sini memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, pada 1 Mei 2010, sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk mensabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat, berkata keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula 10 Jan lepas, tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Saya mendapati inkues ini adalah kes terbuka di mana keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikhendaki untuk merekodkan lain-lain keputusan," katanya.

Inkues itu diadakan bagi menyiasat punca kematian Ramli, 50, yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli, Palekbang, Tumpat, selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada 1 Mei tahun lepas.

Mangsa meninggal dunia pada pukul 3.25 pagi, 19 Mei 2010, di Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu.

Raja Norshuzianna Shakila berkata tiada sebarang keterangan daripada para saksi yang melihat kejadian tembakan itu berlaku.

Katanya punca kematian kegagalan organ dalaman berfungsi disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru kanan dan keseluruhan badan akibat ditembak oleh senjata api.

Sepanjang inkues itu berlangsung, Raja Norshuzianna Shakila telah dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussein, dan seramai 38 saksi telah memberi keterangan.

Sementara itu, salah seorang anak Allahyarham, Muhammad Faris, 20, yang ditemui di mahkamah bersama ibunya, Maznah Mustapa, 51, dan kakaknya Nurain Balkis, 24, berkata mereka sekeluarga menerima keputusan itu dengan hati terbuka walaupun sedikit terkilan kerana pemergian bapanya tidak terbela.

Beliau turut meminta mana-mana saksi yang telah melihat kejadian tembakan itu agar tampil untuk memberikan keterangan.

"Kami juga gembira kerana kes ini masih belum ditutup dan berharap agar saksi baru yang benar-benar telah melihat kejadian itu agar tampil membantu kami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan