Prosiding Suruhanjaya Kematian Teoh Ditangguh Ke 3 Mei

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen pada Khamis menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei setelah semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini pada Khamis, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

Namun, katanya sekiranya saksi belum selesai memberi keterangan, suruhanjaya akan dilanjutkan seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Jun depan.

Seramai 18 saksi yang terdiri daripada 15 pegawai SPRM dan tiga pegawai syarikat telekomunikasi telah dipanggil memberi keterangan bermula Isnin lepas (25 April).

Sementara itu, adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan, yang hadir pada prosiding itu kerana menemani rakan mendiang, Mandy Ooi memberitahu pemberita beliau tidak berpuas hati dengan pihak suruhanjaya kerana tidak menyatakan mengapa bapanya, Teoh Leong Hwee perlu hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya pada 4 Mei ini.

"Kenapa bapa saya perlu memberi keterangan dalam suruhanjaya sedangkan beliau telah ditemu bual oleh pakar psikiatri secara tertutup di sebuah bilik di kompleks mahkamah di sini, pada 15 April lepas.

"Bapa saya juga terpaksa datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur dan saksi-saksi seperti kami bukannya 24 jam perlu bersedia untuk datang ke suruhanjaya kerana kami perlu mengambil cuti," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin ketika ditemui di luar bilik suruhanjaya.

Mandy, yang merupakan bekas rakan sekerja Teoh di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya memberi keterangan di suruhanjaya hari ini tetapi diminta untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan