Pekerja Kedai Curi Barang Kemas Dan Antik RM553,000 Dipenjara Tiga Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Pekerja Kedai Curi Barang Kemas Dan Antik RM553,000 Dipenjara Tiga Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pekerja kedai besi buruk dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis, kerana kesalahan mencuri barangan kemas dan antik bernilai kira-kira RM553,000 milik seorang lelaki bergelar "Datuk", dua minggu lepas.

Majistret Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu apabila tertuduh T.Vijayan, 36, mengaku bersalah selepas faham dengan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil terhadapnya pada prosiding mahkamah.

Vijayan mengaku salah melakukan pecah rumah milik Datuk Noor Mahamad Abu Backer, 44, di Jalan Macalister dan mencuri barang-barang antik, barang kemas dan berlian serta duit antik bernilai kira-kira RM553,000, pada kira-kira 8.30 malam antara 10 hingga 14 April lepas.

Ketika kejadian tuan rumah tiada di rumahnya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

Dalam rayuannya Vijayan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan ke atasnya kerana mempunyai tanggungan seorang anak, adik dan ibu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal mengikut keseriusan kes pecah rumah serta nilai barangan yang dirampas oleh polis daripada tertuduh. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan