Mahkamah Tetap 30 Mei Ini Bagi Keputusan Kes Saman Adam Kadir

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Jumaat menetapkan 30 Mei ini bagi memutuskan dua saman oleh bekas pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia berhad (PMB) Tan Sri Adam Kadir berhubung pelanggaran kontrak jawatan pengerusnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu setelah peguam yang mewakili plaintif dan defendan selesai membuat hujahan masing-masing selama dua hari.

Pada 22 Okt tahun lepas, Adam, 69, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Menteri Kewangan dan kerajaan kerana memungkiri kontrak mengenai jawatan pengerusinya.

Beliau menuntut deklarasi bahawa penamatan atau pemecatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah tidak sah dan terbatal.

Adam juga memfailkan saman kedua terhadap pengarah urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Azman Mokhtar, selaku pemegang saham terbesar dalam PMB, pada 4 Nov tahun lepas.

Beliau mendakwa akibat campur tangan Azman, kerajaan telah membuat keputusan membatalkan kontrak pelantikannya melalui dua pucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan bertarikh 23 Mei dan 26 Mei 2008, sedangkan tempoh masa pelantikan beliau akan berakhir pada 28 Feb 2009.

Adam dilantik pengarah dan pengerusi bukan eksekutif PMB bagi tempoh dua tahun mulai 1 Mac 2005 menerusi surat pelantikan bertarikh 17 Feb, 2005 yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.

Adam diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bagi pihak kerajaan dan Menteri Kewangan manakala peguam Nitin Nadkarni bagi Azman.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan