Lelaki Bebas Tuduhan Merompak, Miliki Senjata Api - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki Bebas Tuduhan Merompak, Miliki Senjata Api

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan memiliki senjata api, peluru dan merompak, hampir dua tahun lepas.

Hakim Noradidah Ahmad memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas R. Rajan, 29.

Pada 26 Oktober tahun lepas, Rajan didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis a.38 Smith & Wesson berserta tujuh butir peluru di RRM 81, blok G, Taman Cenderawasih di sini kira-kira 11.30 malam pada 2 Ogos 2009, masing-masing mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Dia juga didakwa melakukan rompakan dan dalam rompakan itu terdapat sepucuk senjata api jenis a.38 Smith & Wesson di No 29 Lorong Cenderawasih 45, Taman Tunas Makmur di sini antara 9.30 pagi hingga 12.40 tengah hari pada 31 Julai 2009 mengikut Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam penghakimannya, Noradidah berkata, untuk tuduhan memiliki pistol serta peluru tersebut, pihak pendakwa telah gagal membuktikan ia kepunyaan tertuduh kerana tempat senjata api itu disembunyikan dan ditunjukkan oleh saksi kedua yang juga teman wanita tertuduh ialah di bawah tilam di rumahnya di Taman Cenderawasih di sini.

Beliau berkata, bagi pertuduhan merompak pula, pihak pendakwa terlalu bergantung kepada keterangan saksi ketiga yang juga rakan tertuduh yang berubah-ubah dan tidak boleh dipercayai.

Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Noor Nordin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohammad Hisham Abdul Rahim.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan