20 Mei Pendengaran Saman Pemula Terhadap Selcat

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menggantung saman yang diterima oleh peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mengarahkan beliau hadir di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (Selcat) atas dakwaaan menghina Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Hakim Datuk Zaleha Yusof mengeluarkan perintah pengantungan tersebut yang dan akan berkuat kuasa sehingga pendengaran saman pemula yang difailkan oleh Mohd Hafarizam terhadap Selcat pada 20 Mei ini.

Peguam Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili Mohd Hafarizam berkata, permohonan itu dijadualkan didengar pada Jumaat, bagaimanapun ditangguhkan berdasarkan permohonan oleh peguam Chang Kok Keong yang mewakili responden-responden. Prosiding turut dihadiri oleh wakil daripada Majlis Peguam, Adlan Hadi.

Mohd Hafarizam yang digelar sebagai 'Peguam UMNO' oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman pemula itu pada Selasa lalu, menerusi firma guamanya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dengan menamakan tiga defendan termasuk DUN Selangor dan Selcat.

Turut dinamakan sebagai defendan adalah Setiausaha Selcat, Mohamad Yasid Bidin.

Mohd Hafarizam yang juga peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memohon deklarasi bahawa saman yang diterimanya bertarikh 12 April lalu untuk beliau menghadiri Selcat adalah terbatal dan tidak terpakai kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa saman tersebut adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Jadual Kuasa dan Kebebasan Dewan Undangan, Peraturan Tetap DUN Selangor dan Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009.

Selain itu, Mohd Hafarizam juga memohon deklarasi bahawa beliau berhak untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang peguam cara dan peguam bela Mahkamah Tinggi Malaya tanpa perasaan takut atau berat sebelah.

Beliau memohon surat tuntutan yang dikeluarkanya terhadap firma guaman Tommy Thomas yang mewakili Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 29 Mac lalu berhubung satu kes mahkamah melibatkan Badrul Hisham tidak boleh dianggap sebagai satu penghinaan dewan.

Surat tuntutan itu dikeluarkan bagi menuntut kos RM40,000 daripada Teng selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Badrul Hisham kekal sebagai ADUN di kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 1 April lalu, DUN Selangor meluluskan Usul No. 7, Tahun 2011 memutuskan bahawa Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk kepada Selcat atas tuduhan menghina dewan kerana menghantar surat kepada Teng dalam bahasa tidak senonoh, biadap dan mengugut.

Sekiranya gagal hadir, ia merupakan suatu kesalahan yang jika disabitkan boleh dihukum penjara selama setahun dan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 4, Enakmen Penghinaan Dewan 2008.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan