Pasangan Suami Isteri Dituduh Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis terhadap tuduhan mengedar dadah jenis metamphetamine dan heroin, 17 April lepas.

Sunaidi Ismail, 33, dari Rantau Panjang dan isterinya Nuur Muhaimi Yahya, 25, dari Kampung Raja, Besut hanya mengangguk faham apabila tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa secara bersama mengedar 80.0 gram metamphetamine ketika berada dalam kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran AFL 4630 di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu, pada 1 pagi, 17 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu didakwa pada 1.30 pagi, pada hari dan tempat yang sama, mengedar dadah jenis heroin seberat 46.2 gram.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, kedua-duanya didakwa memiliki heroin seberat 4.2 gram pada 1 pagi, di lokasi sama dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB itu membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. Tiada jaminan ditawarkan terhadap kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan