Halang Tugas Penjawat Awam: Keputusan Rayuan N.Gobalakrishnan Ditangguhkan

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keputusan kes rayuan Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng berkata keputusan kes rayuan itu yang sepatutnya dibuat pada Khamis, ditangguhkan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.

Beliau dituduh dengan sengaja menghalang Cif Insp V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira 12.20 tengah hari, 29 Januari 2002 dan ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Berikutan itu, Gobalakrishnan berdepan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Padang Serai kerana berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia, seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Gobalakrishnan dan peguamya R.S.N. Rayer tidak hadir di mahkamah hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan