Rais Yatim Akan Beri keterangan Terhadap Blogger

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dijadualkan akan memberi keterangan selaku saksi utama dalam samannya terhadap seorang blogger, Amizudin Ahmat yang akan didengar pada Julai depan.

Menurut peguam Azad Bashir yang mewakili Rais, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof telah menetapkan supaya pendengaran kes berjalan selama tiga hari bermula 4 Julai depan.

Azad yang ditemui selepas menghadiri sebutan pengurusan kes pada Selasa juga memberitahu, mahkamah telah memerintahkan pihak-pihak yang terlibat dalam saman tersebut untuk memfailkan draf berhubung isu dan fakta yang dipersetujui serta ikatan dokumen sebelum 23 Mei depan.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh sebutan terakhir sebelum pendengaran kes bermula.

Rais memfailkan saman tersebut pada 31 Januari lalu dan mendakwa satu makalah bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...' beserta dengan gambarnya telah disiarkan di laman blog Amizudin, yang merupakan anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat. Makalah tersebut yang didakwa mengandungi unsur fitnah disiarkan di alamat http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ pada 28 Disember 2010.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan itu juga mendakwa perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Bagaimanapun, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Dakwa Rais lagi, penyebaran artikel tersebut menyebabkan nama baik beliau secara peribadi atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan antarabangsa serta diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Amizudin diwakili oleh peguam Gan Chee Wei.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan