Kes Khalwat Pengacara Akan Ke Pendakwaan

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Fail siasatan kes khalwat pengacara Bang Bang Boom, Ahmad Azhari Mohamad Ali dengan seorang isteri orang telah dilengkapkan dan akan dihantar ke bahagian Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakan lanjut.

Sumber dari Bahagian Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, mengesahkan perkara itu pada Rabu.

Sekiranya pihak pendakwaan berpendapat terdapat kes terhadap Ahmad Azhari, pengacara tersebut boleh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan bersalah, Ahmad Azhari boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu pihaknya akan mengeluarkan surat untuk mengarahkan pengacara itu hadir ke pejabat penguatkuasa bagi menyambung jaminan ke atas dirinya selepas gagal berbuat demikian pada Selasa.

Ahmad Azhari, 28, disiasat atas kesalahan berkhalwat yang dikatakan dilakukan di sebuah apartmen yang terletak di Ampang, dekat sini pada Oktober 2010.

Pada 15 Oktober 2010, Ahmad Azhari mengakui bahawa dia telah hadir ke pejabat agama untuk tujuan soal siasat pada 4 Oktober 2010.

Dia juga mengakui bahawa dia berada di tempat kejadian untuk membantu wanita tersebut mengemas barang kerana akan ke Kota Kinabalu, Sabah dan menafikan ada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan