Siasatan Kes Khalwat Pengacara 'Bang Bang Boom' Belum Muktamad

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Bahagian Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat di sini, difahamkan masih melengkapkan siasatan terhadap pengacara 'Bang Bang Boom', Ahmad Azhari Mohamad Ali yang dikatakan terlibat dalam kes khalwat bersama seorang isteri orang, tahun lalu.

Pada Selasa, beberapa wartawan yang menunggu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat kerana dimaklumkan bahawa pengacara berusia 28 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, selepas berkunjung ke pejabat Bahagian Penguatkuasa yang terletak bersebelahan mahkamah, wartawan difahamkan bahawa bon jaminan pengacara itu telah dilanjutkan sementara menunggu siasatan tamat.

Pada 15 oktober 2010, Ahmad Azhari mengakui dia bersedia menerima hukuman daripada mahkamah atas kesalahan berkhalwat yang dikatakan dilakukan di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu sebelum itu.

Dia yang ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran musim keenam program Bang Bang Boom juga memberitahu bahawa dia telah ke pejabat penguatkuasa untuk disoal siasat pada 4 Oktober 2010.

Azhari juga memberitahu, bahawa kesilapannya adalah berada di tempat kejadian, namun menafikan dia melakukan sebarang perbuatan yang melanggar hukum agama.

Sebaliknya, pengacara tersebut mendakwa dia hanya membantu untuk mengemaskan barang di rumah wanita terbabit yang dikatakan akan ke Kota Kinabalu, Sabah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan