Lelaki Nigeria Ditahan Simpan Barang Samun Bernilai RM200,000

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis Selangor menemui sebanyak 311 unit barangan elektrik pelbagai jenis bernilai lebih RM200,000 dipercayai disamun di sebuah gudang di Taman Sentosa Perdana di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata soal siasat ke atas seorang lelaki warga Nigeria berumur 37 tahun telah membawa polis ke gudang itu kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas gudang tersebut menjumpai sebanyak 116 unit televisyen pelbagai jenama dan saiz, 48 pemain cakera video (DVD), 21 unit peti ais jenama Sanyo pelbagai saiz, empat unit ketuhar gelombang mikro jenama Sanyo, tiga unit radio jenama Akustik dan 119 buah cerek aluminium.

"Suspek warga Nigeria terbabit telah ditangkap semalam bersama 12 lelaki dan seorang perempuan warga tempatan yang disyaki terlibat dengan kes samun barangan kargo mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Gudang itu dipercayai telah disewa oleh warga Nigeria itu untuk menyimpan barangan tersebut. Turut ditemui disimpan di dalam tiga buah peti ais ialah barangan lain seperti lampin pakai buang dan makanan lain," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Mohamad berkata barangan elektrik itu dipercayai adalah barangan curi berikutan kegagalan suspek memberi keterangan mengenainya.

Beliau berkata pihaknya turut mendapati terdapat barangan di gudang itu yang telah siap dibungkus untuk dieksport ke luar negara terutama negara di benua Afrika. "Suspek dipercayai menjadi perantara untuk mengeksport barangan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil kerana memiliki barang secara haram," katanya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kejayaan polis menumpaskan satu sindiket dipercayai terlibat dalam lima kes rampasan kargo bernilai lebih RM1 juta di sekitar Lembah Klang dengan penangkapan beberapa suspek di beberapa lokasi di Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dilaporkan berkata tangkapan kesemua suspek berumur lingkungan 20 dan 30-an dibuat susulan kejadian rampasan terbaru membabitkan sebuah lori membawa kargo barangan elektrik di Subang Perdana, Petaling Jaya, pada 25 Mac lepas.

Mengulas modus operandi sindiket, beliau berkata berdasarkan kejadian di Subang Perdana itu, lori membawa kargo tersebut dipintas oleh dua buah teksi sebelum beberapa lelaki yang bersenjatakan pistol melarikan lori terbabit. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan