Sebutan Semula Kes Hasutan ADUN Sri Muda 20 Jun - Berita Mahkamah | mStar

Sebutan Semula Kes Hasutan ADUN Sri Muda 20 Jun

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes hasutan yang melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguambela Shuhaimi, Nizam Bashir pada prosiding hari ini.

Shuhaimi, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Februari lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Disember 2010.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959" di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Nizam meminta tarikh sebutan baru itu sementara menunggu perjalanan kes permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi di sini telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.

Shuhaimi, yang merupakan Adun daripada Parti Keadilan Rakyat itu memfailkan notis usul bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu pada 1 April lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan pada proseding hari ini diwakili Timbalan Pendakwaraya Siti Syakimah Ibrahim. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan