Keputusan Kes Rasuah Bekas Pengurus Kanan Sime Darby Ditentukan 18 Julai

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 18 Julai untuk membuat keputusan sama ada akan membebaskan tanpa melepaskan (DNAA) atau membebaskan seorang bekas pengurus kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd daripada tuduhan menerima sogokan RM200,000 berhubung jualan dan pembinaan kapal tunda.

Ini berikutan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membebaskan tanpa melepaskan tertuduh, Mazhazmi Jamaludin, selepas gagal mengesan saksi utama, Redzuan Goh Mohammed Karian serta permohonan peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Mazhazmi agar anak guamnya dibebaskan.

Hakim Rozilah Salleh memberikan tiga bulan kepada SPRM untuk mengesan saksi utama itu. Jika SPRM berjaya, mahkamah akan meneruskan perbicaraan tetapi sekiranya gagal, mahkamah akan memutuskan permohonan untuk membebaskan tanpa melepaskan tertuduh atau membebaskannya daripada tuduhan.

Beliau menetapkan 1 Jun, untuk sebutan semula kes bagi SPRM memaklumkan kepada mahkamah mengenai Redzuan. Rozilah, bagaimanapun, membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya SPRM, Anthony Kevin Morais untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu hasil pencarian saksi berkenaan.

Mazhazmi Jamaludin, 37, didakwa melakukan kesalahan itu sebagai upah untuk mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd mendapat kontrak 'Construction and Sale of one Derrick Lay Barge (Hull No MLC 12888), Constructution and Sale one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75083 dan Construction and Sale of one (1) unit 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75084' yang bernilai USD134.2 juta, daripada Sime Darby.

Dia didakwa menerima wang berkenaan bagi mengesahkan bayaran tertentu yang dilakukan syarikat pembinaan kapal bagi membina kapal tunda berkenaan.

Mazhazmi didakwa menerima wang itu daripada pemilik syarikat MLC Shipbuilding Sdn Bhd, Redzuan.

Terdahulu, Anthony memohon mahkamah untuk membebaskan tanpa melepaskan tertuduh atau menangguhkan perbicaraan kerana gagal mensapina Redzuan, seorang warga Singapura, yang alamat terakhirnya di Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Beliau berkata SPRM telah berhubung dengan Biro Siasatan Amalan Rasuah untuk membantu SPRM mengesan kedudukan Redzuan dan beliau memaklumkan mahkamah bahawa Redzuan bukannya melarikan diri kerana perniagaannya di Kuala Lumpur.

Perbicaraan bermula pada 11 April lepas dengan pihak pendakwaan memanggil lapan saksi.

Shamsul berhujah memandangkan saksi utama tidak dapat dikesan, anak guamnya hendaklah dibebaskan.

Beliau berkata kegagalan untuk mengesan Redzuan, bergantung sepenuhnya kepada tindakan SPRM dan tertuduh tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan suruhanjaya berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan