Bicara Guru Displin Didakwa Cabul 11 Pelajar Julai

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMPNG: Seorang ketua guru displin yang menghadapi pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini pada Julai depan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan perbicaraan terhadap Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 48, berjalan selama empat hari bermula 18 Julai depan.

Pada prosiding sama, peguam Ahmad Bazlan Che Kassim memberitahu pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara tetapi masih belum menerima jawapan.

Ismazi yang berasal dari Simpang Ampat, Pulau Pinang dihadapkan ke mahkamah pada 4 Mac lalu, atas tuduhan mencabul 11 pelajar yang berusia antara 15 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Pandan Indah, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan cara meletakkan tangan di atas dada mangsa pada pukul antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari lalu di bilik guru displin sekolah terbabit.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan