Kenamaan Warnai Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDAKWAAN terhadap Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan pada Selasa lalu menjawab spekulasi siapakah pegawai kanan bergelar 'Datuk' yang ditangkap berkhalwat di hotel mewah di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Turut didakwa sudah pastilah wanita yang dituduh dicekup bersama dengan Salim, iaitu Nur Diayana Norslan yang pernah bertugas segbagai pembantu peribadi kepada lelaki tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5 pagi, 16 April lalu dan berita pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantong, Georgetown itu sudah pastilah 'hambar' dari sudut penulisan jika isteri Salim tidak menghadiri prosiding.

Lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut yang bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjamin dan Nur Diayana boleh duduk bersebelahan di dalam mahkamah.

Rupa-rupaya, wanita tersebut mengetahui tentang pernikahan kedua Salim, 51, yang pernah menduduki kerusi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan Nur Diayana yang dikatakan berlangsung di luar negara.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff sambil menambah, pasangan tersebut yang mempunyai jarak usia sebanyak 21 tahun itu dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.

Hasrat isteri Salim untuk menjadi penjamin bagaimanapun tidak kesampaian kerana Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan penjamin tersebut mestilah bermastautin di Pulau Pinang manakala jaminan ditetapkan pada jumlah RM2,000 sebelum kes disebut semula pada 20 Jun depan.

Seorang rakan penulis secara berseloroh mengatakan banyak kes khalwat yang 'high profile berlaku di George Town kerana pada awal tahun lalu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran turut dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama.

Adam, 43, didakwa pada 31 Januari lalu bersama pasanganya, Nurul Izani Md Isa, 34, seorang penasihat kewangan di Kuala Lumpur.

Penulis hanya tersenyum dan menjawab, kes khalwat berlaku di mana sahaja, cuma secara kebetulan ia berlaku di negeri yang digelar sebagai Pulau Mutiara itu yang telah jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sinonim dengan prosiding mahkamah pada tahun ini, bermula di Mahkamah Sivil ekoran pertikaian berhubung kedudukan beliau sebagai ADUN dan juga kemelut rumah tangganya di Mahkamah Syariah Klang.

Ikatan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu akhirnya terlerai selepas Badrul Hisham melafazkan talak satu terhadap isterinya, Ramizah Mazlan pada Isnin lalu.

Perceraian itu berlaku selepas Ramizah yang memulakan prosiding di mahkamah dengan memfailan permohonan cerai secara fasakh sedia untuk menarik semula dakwaaan-dakwaan yang dibuatnya pada perbicaraan yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 28 Jun 2010, pelbagai tohmahan sudah dilemparkan terhadap Badrul Hisham yang tidak berkesempatan untuk menjawab semua tohmahan-tohmahan tersebut dengan pengakhiran kes tersebut.

Antaranya, Ramizah, 40, mendakwa Badrul Hisham, 51, berkawan dengan wanita yang membawa pengaruh buruk dan cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami termasuk didakwa tidak pernah membayar bil air dan elektrik dan jarang memberi belanja pasar.

Walaupun menarik semula dakwaan-dakwaan tersebut, ia sudah pastilah 'situasi menang-menang' untuk baik Badrul Hisham mahupun Ramizah, kerana bekas penjaga stor itu pada keterangannya di mahkamah kelihatan benar-benar mahu dilepaskan.

Untuk Badrul Hisham pula, ketiadaan keterangan-keterangan sedemikian sudah pasti elok buat imejnya di mata pengundi di Pelabuhan Klang, terutamanya jika beliau masih berhajat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 kelak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan