Dua Sebabkan Kematian Penuntut Korea Dipenjara 12 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua jurujual yang menyerang seorang penuntut warga Korea sehingga mangsa meninggal dunia selepas koma tiga hari dihukum penjara selama 12 tahun bermula Jumaat.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu selepas mensabitkan Wong Kok Hoong, 39, dan Lau Mann Sing, 46, bersalah menyebabkan kematian Lim Jong Yong yang dibelasah dengan menggunakan kayu golf dan kayu besbol.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 10.30 malam, 25 Jun 2007 di jalan raya berhadapan Blok Kasih, Kondominium Crimson, Ara Damansara, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Lim, 25, yang merupakan penuntut jurusan pengurusan hotel di sebuah kolej di Damansara Utama, dekat sini mengalami tujuh kecederaan termasuk ditikam dan kejadian itu disaksikan oleh adik kembarnya.

Keterangan pada perbicaraan menyatakan, tertuduh bertindak sedemikian selepas kereta Nissan X-Trail yang dinaiki mereka sukar untuk melepasi jalan kerana kereta Perodua MyVi yang dinaiki oleh mangsa bersama kembarnya berhenti di tepi jalan tersebut.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan tiga tikaman di kedua-dua paha meninggal dunia pada pukul 4.30 petang, 6 Julai 2007 di Pusat Perubatan Sunway.

Pada penghakimannya, Rozina berkata, mahkamah menerima keterangan adik kembar mangsa selaku saksi pendakwaan keempat (SP4) yang mengecam Wong sebagai lelaki yang menggunakan kayu golf manakala Lau bersenjatakan kayu besbol.

"Keterangan yang diberikan oleh tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata dan mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh berada di tempat kejadian dan telah menyebabkan kecederaan yang seterusnya membawa kepada kematian mangsa," tambahnya.

Wong yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun ini dan Lau yang masih bujang kelihatan tenang semasa menerima hukuman mereka.

Rozina membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 21 saksi pendakwaan manakala peguam A. Vasudevan yang mewakili kedua-dua tertuduh mengemukakan empat saksi pembelaan.

Beliau juga membenarkan permohonan Vasudevan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Tinggi.

Bagi tujuan tersebut, Rozina menaikkan jaminan RM12,000 terhadap kedua-dua tertuduh menjadi RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat kedua-dua mereka melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang untuk ke luar negara.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan