Pekerja Kontrak Dihukum Gantung Kerana Membunuh

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas kesalahan membunuh seorang lelaki di Kodiang tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Zulkifli @ Sakun Ahmad Endin Chun, 33, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, tertuduh memang mempunyai niat untuk membunuh Saad Ahmad, 37, dengan menetak kepala mangsa menggunakan parang.

Katanya kematian si mati adalah berpunca daripada pendarahan yang banyak akibat luka tetakan di bahagian kiri kepalanya.

Zulkifli didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Raja, Mukim Pering, Kodiang pada 20 Feb 2008 pukul 2.20 petang.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan