Dua Dihukum Gantung Kerana Mengedar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemilik bengkel dan mekanik selepas mereka disabitkan bersalah mengedar ganja, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Sukri Abdul Rahman dan Muhammad Zikry K. Suresh, kedua-duanya berusia 42 tahun selepas menolak pembelaan yang diberikan mereka.

Pada penghakimannya, Abd Rahim berkata pembelaan yang diberikan tertuduh adalah yang difikirkan semula selepas kejadian, janggal dan tidak selari dengan keterangan saksi pendakwaan.

Justeru itu, beliau berpuas hati bahawa pembelaan tersebut gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan mengedar 1.885 kilogram ganja pada pukul 5 petang, 23 Mac 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di stesen minyak Shell, Kilometer 34.5 arah Kuala Lumpur, Lebuhraya Kesas, Subang Jaya, dekat sini. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala barisan pembelaan dibarisi oleh peguam-peguam K. Vikneswaran dan Azizzul Shahriman Mat Yusof.

Keterangan semasa perbicaraan menyatakan, Muhammad Zikry telah mengaturkan satu pertemuan untuk menjual dadah tersebut kepada seorang agen penyamaran polis di sebuah restoran di Klang, dekat sini.

Muhammad Zikry kemudiannya telah membawa agen tersebut untuk mendapatkan dadah daripada Md Sukri, yang menunggu di stesen minyak tersebut di dalam sebuah kereta mewah jenis BMW.

Dadah yang dibungkus menjadi dua ketulan mampat ditemui di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta tersebut.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan