Bicara Tuntutan Mutaah, Edah Bekas Isteri Hattan Jun Depan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permohonan tuntutan mutaah dan edah yang difailkan oleh bekas isteri kepada penyanyi popular, Hattan akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jun depan.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada Rabu, menetapkan kes itu didengar pada 21 Jun depan dan akan dimulakan dengan keterangan plaintif, Arianie Mohd Abidin.

Arianie, 40, yang merupakan seorang pramugari dijadualkan memberi keterangan secara bertulis pada perbicaraan itu nanti.

Walaupun telah menetapkan tarikh perbicaraan, Wan Mahyuddin masih berharap agar Arianie dan Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahbuddin, 47, boleh mencapai persetujuan dalam tuntutan tersebut.

"Jika boleh, selesaikan kes ini secara baik kerana kes ini telah difailkan sejak tahun 2005. Kes ini telah terlalu lama...," katanya.

Pada prosiding sama, beliau juga memerintahkan supaya peguam syarie Hazirah Othman @ Man yang mewakili Arianie untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan Hattan sebelum tarikh perbicaraan, jika berhasrat untuk berbuat demikian.

Ini kerana Hazirah mengakui pihaknya masih belum berbuat demikian walaupun Hattan telah memfailkan pembelaannya pada 9 Mac lalu.

Prosiding pada Rabu hanya dihadiri oleh peguam-peguam syarie memandangkan kehadiran Hattan dan Arianie telah dikecualikan oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan memberitahu, pembelaan penyanyi lagu “Biso Bonar” itu menafikan segala dakwaan Arianie yang mendakwa dirinya banyak berkorban demi kerjaya seni Hattan.

Hattan dan Arianie bernikah pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005 dan dikurniakan seorang anak, Adam Eiman, 13, yang diletakkan di bawah jagaan Hattan.

Prosiding mahkamah sebelum ini sedikit terganggu selepas Arianie perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Insolvensi kerana pernah diisytiharkan bankrap pada 9 Ogos 2006 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan