Enggan Beri Pembelaan, Warga India Dihukum Mati

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, tidak mempunyai pilihan lain selain menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang buruh warga India yang enggan membela diri terhadap pertuduhan mengedar lebih 3 kilogram ketamin, tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Khader Whaheed, 40, yang berasal daripada Tamil Nadu, India memilih untuk berdiam diri walaupun ditanya sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.

Dia yang kelihatan tenang juga masih mengekalkan pilihannya walaupun disoal oleh peguamnya, Mejar (B) Ghazali Taib.

“Saya terkejut dengan keputusan yang diambil oleh tertuduh,” akui Ghazali kepada Noor Azian.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Wan Nawan menghujahkan, sekiranya tertuduh benar-benar ingin berdiam diri, dia mestilah disabitkan seperti pertuduhan memandangkan mahkamah telah mengarahkan dia untuk membela diri pada 31 Mac lalu.

“Mahkamah semasa itu berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan prima facie untuk dijawab oleh tertuduh.

“Jika tertuduh memilih untuk berdiam diri, maka tertuduh tidak menafikan keterangan yang dikemukakan oleh tujuh saksi pendakwaan. Tidak ada keterangan tertuduh untuk menyangkal keterangan itu di mana elemen pengedaran telah dibuktikan,” katanya.

Noor Azian juga bersetuju dengan hujahan tersebut apabila berkata tindakan tertuduh berdiam diri secara automatik tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Tertuduh yang bertubuh kecil kelihatan bersahaja menerima hukuman tersebut.

Dia didakwa atas tuduhan mengedar 3. 04 kilogram ketamin pada pukul 5 petang, 13 Jun 2010 di laluan keluar Balai Ketibaan Antarabangsa, tingkat bawah, Terminal Tambang Murah, Sepang, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan sebelum ini, dadah itu disembunyikan di bawah papan yang dipaku pada dua bagasi yang dibawa tertuduh.

Bagasi-bagasi tersebut kemudiannya diisi dengan makanan ringan, berus pencuci pinggan dan colok sembahyang.

Polis terpaksa menggunakan tukul untuk memecahkan papan tersebut dan apabila dapat dipecahkan, terdapat satu bungkusan dadah di sebalik papan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan