Bapa Hempas Anak Hingga Mati Dipenjara 10 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi mengaku bersalah menyebabkan kematian anak tunggalnya. Foto The Star/ K K Sham.
Adi mengaku bersalah menyebabkan kematian anak tunggalnya. Foto The Star/ K K Sham.

SHAH ALAM: Seorang warga Indonesia yang seolah-olah hilang akal menghempas anak tunggalnya ke lantai sehingga terkeluar otaknya semasa bergaduh dengan isterinya, Kamriah Sabtu akhirnya dihukum penjara 10 tahun.

Kanak-kanak malang tersebut, Nur Fadilah, empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala seperti sebahagian otak terkeluar, ubun-ubun kepala koyak, tulang tengkorak patah dan retak serta lebam di bahagian bawah kulit kepala.

Sebelum dihempas, tubuh kecil Nur Fadilah juga menjadi mangsa pukulan Adi, 29, dan nasib sama turut menimpa Kamriah, 28, yang dipukul dan ditumbuk sehingga cedera pada 2 Disember 2009.

Kamriah yang merupakan pembantu kedai makan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini dan disahkan mengalami bengkak di kepala, lebam di mata dan tangan kanan serta calar di leher.

Panik apabila rumahnya didatangi oleh dua anggota polis, Adi melarikan diri dan bersembunyi sebelum berjaya ditangkap di rumah rakannya di Seksyen 25, di sini dan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh Nur Fadilah dan mencederakan Kamriah.

Bagaimanapun, nasibnya baik selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian Nur Fadilah yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan – berbanding pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman gantung.

Tanpa membuang masa, tertuduh yang berasal dari Sulawesi, Indonesia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian Nur Fadilah dan pertuduhan kedua menumbuk Kamriah pada pukul 4.30 pagi, 2 Disember 2009.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di bilik belakang, rumah nombor 6, Blok N, Flat Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana, Klang, dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan menawarkan pertuduhan pilihan tersebut selepas 14 saksi pendakwaan memberi keterangan.

Pada Selasa, Hakim Noor Azian Shaari yang mensabitkan tertuduh bersalah atas pengakuan itu memerintahkan supaya tertuduh dihukum penjara selama 10 tahun bagi perbuatannya terhadap Nur Fadilah manakala hukuman penjara setahun dikenakan kerana menumbuk Kamriah.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan supaya hukuman tersebut berjalan secara serentak bermula daripada tarikh tangkap, iaitu pada 7 Disember 2009.

Pada penghakimannya, Noor Azian berkata hukuman tersebut telah mengambil kira kecederaan teruk yang dialami oleh kedua-dua mangsa dan faktor bahawa tertuduh adalah seorang pendatang tanpa izin (PATI).

“Sekiranya tertuduh ‘disimpan’ lama di penjara, dia akan menjadi beban kepada kerajaan dan juga kepada pembayar cukai. Adalah diharapkan agar tertuduh akan diusir keluar apabila hukuman penjara tamat,” katanya.

Adi yang bertubuh kecil dilihat mengesat mukanya dengan sapu tangan berwarna putih semasa prosiding mahkamah berlangsung. Dia diwakili oleh peguam Md Radzi Mustafa.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan