Samy Dan Pemegang Amanah MEID Gagal Ketepikan Permohonan Bekas Timbalan MIC

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED) Datuk Seri S.Samy Vellu dan sembilan pemegang amanahnya gagal mengetepikan permohonan bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan dua yang lain, untuk menghalang Samy Vellu daripada membawa masuk 10 anggota baru dalam MIED.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof juga memberikan injunksi kepada Subramaniam, bekas ketua pemuda MIC S. Vigneswaran dan timbalan pengerusi MIC Kedah Datuk S. Ganesan sehingga penyelesaian permohonan yang mana pendengarannya ditetapkan selama tiga hari bermula 20 Jun.

Dengan keputusan mahkamah hari ini, kedua-dua pihak, Samy atau trio berkenaan tidak boleh mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM), di mana defendan-defendan dijadual mengadakannya pada 10 April, sehari lebih awal daripada yang dirancang oleh plaintif-plaintif.

Sembilan defendan itu ialah Tan Sri Dr T. Marimuthu, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Tan Sri K. S. Nijhar, Tan Sri G. Vadiveloo, Datuk S. Veerasingam, S. Paliksina, T. Rajagopalu, Datuk S. Subramaniam (Menteri Sumber Manusia) dan Datuk M.Saravanan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 3 Mac, trio berkenaan memohon satu pengisytiharan bahawa keanggotaan MIED dikekalkan sehingga EGM, atau secara alternatif status quo keanggotaan defendan (MIED) dikekalkan jika MIED memutuskan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Mereka juga menuntut injunksi interim terhadap Samy dan sembilan defendan atau usaha ejen-ejen mereka untuk meningkatkan keanggotaan MIED atau status quo defendan pertama sehingga Lembaga Pemegang Amanah bermesyuarat pada 7 Mac.

Pada 1 Mac, trio berkenaan telah memfailkan satu rekuisisi kepada setiausaha syarikat supaya mengadakan EGM bagi menyingkirkan Samy Vellu dan Dr Marimuthu yang merupakan penandatangan cek MIED berikutan kerugian besar yang dialami cabang pendidikan MIC itu.

Trio berkenaan diwakili A.Vasanthi, T. Rajasekaran, David Gurupatham dan Suraya Sanusi, manakala Chetan Jethwani mewakili Samy Velu dan sembilan pemegang amanah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan