Penganggur Edar Ganja Dihukum Mati

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur yang didapati bersalah mengedar 929 gram ganja, empat tahun lalu.

Keputusan Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad itu diterima dengan tenang oleh tertuduh, Mohd Fais Diram, 28, berbeza dengan ibunya yang meraung mendengar penghakiman tersebut.

Wanita tersebut yang menggunakan tongkat untuk berjalan meluru ke arah Mohd Fais sambil memeluk anaknya.

Dia kemudiannya longlai apabila melihat anggota polis mahkamah mula menggari tangan Mohd Fais menyebabkan ahli keluarga yang berada di galeri awam mahkamah menerpa ke depan bagi menenangkannya.

Mohd Fais didakwa mengedar dadah tersebut pada pukul 2.30 pagi, 24 Disember 2007 di tiang jejantas bawah Lebuhraya Shapadu, Jalan Kampung Rantau Panjang, Klang, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamalia Yahdi mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Berdasarkan keterangan sebelum ini, tertuduh telah membawa ejen penyamaran polis ke tempat kejadian sebelum menyerahkan dadah itu yang berada di tiang tersebut.

Perbicaraan melibatkan tujuh saksi pendakwaan manakala peguam Mejar (B) Ghazali Taib mengemukakan tiga saksi pembelaan.

Pada penghakimannya, Siti Mariah berkata, pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Mahkamah dapati pembelaan tertuduh adalah tidak berasas, tidak disokong dan bersifat penafian semata-mata serta difikirkan semula selepas kejadian.

"Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menyabitkan tertuduh bersalah atas pertuduhan mengedar dan mahkamah tidak mempunyai pilihan lain melainkan menjatuhkan hukuman mati," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan