Pemandu Jengkaut Dihukum Gantung Kerana Bunuh Pemandu Van Sekolah Wanita

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu jengkaut dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh seorang pemandu van sekolah dan menanam mayat mangsa di kebun buah naga di Hulu Kemaman, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Zulhisyam Fadly, 30, kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahim berkata berdasarkan keterangan saksi, tertuduh mempunyai niat untuk membunuh pemandu van sekolah Zaiton Muhamad, 55.

Beliau berkata Zulhisyam sepatutnya menghantar Zaiton yang cedera ke hospital, sebaliknya, tindakan tertuduh menggunakan jentolak untuk mengebumikan jenazah mangsa menunjukkan dia mempunyai niat membunuh mangsa.

Zulhisyam dituduh melakukan kesalahan itu di kebun buah naga di Bukit Tebuan, Jalan Bukit Takal, Ibok antara 10.30 pagi hingga 1 tengah hari, 16 April 2008.

Berdasarkan fakta kes, dia membunuh dan mengebumikan Zaiton, Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Bakau Tinggi, di kebun milik MPK itu dan kereta mangsa yang dikemekkan ditanam di tapak semaian bunga di Kampung Mak Chili, kira-kira 14 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

Mayat Zaiton ditemui pada 21 April 2008, enam hari selepas kehilangannya dilaporkan kepada polis oleh anggota keluarga mangsa.

Tertuduh ditangkap di Cherating, Pahang selepas anggota keluarga mangsa mengambil inisiatif menjalankan siasatan sendiri untuk mengesannya, termasuk mendapatkan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi selepas Zulhisyam dikatakan adalah orang terakhir dilihat bersama Zaiton sebelum wanita itu dilaporkan hilang.

Sejurus selepas prosiding mahkamah berakhir, Zulhisyam yang dilihat tersenyum ketika Abdul Rahim menjatuhkan hukuman, bagaimanapun terpaksa dipapah keluar selepas gagal menahan perasaan apabila melihat kedua-dua anaknya yang berusia sembilan dan lima tahun menangis sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan