Dua Nelayan Kemboja Didakwa Bunuh Tekong Thailand

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua nelayan warganegara Kemboja pada Ahad dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh tekong warganegara Thailand di perairan negara ini.

Tertuduh, Arifin Salleh, 27, dan adiknya Kadir, 25, didakwa membunuh Phat Phetpuk di dalam sebuah bot nelayan kira-kira 1 tengah hari, 27 Mac lalu di perairan Malaysia.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari wilayah Dombei Komprecho, Kemboja hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Siti Faraziana kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.

Sementara itu, Kadir turut didakwa di Mahkamah Sesyen dengan pertuduhan cubaan membunuh seorang lagi nelayan Thailand, Visak Phonet apabila dengan sengaja memotong tali bot yang dipegang mangsa semasa mangsa berada di dalam laut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama.

Dia yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan