Mahkamah Rayuan Bebas Ahli Perniagaan Daripada Tuduhan Terima Wang Tebusan

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan seorang ahli perniagaan daripada pertuduhan menerima wang tebusan SD$7,750 (RM18,755) apabila ia mengenepikan sabitan serta hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan yang dijatuhi ke atasnya pada tahun 2009.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan Lau Chee Lai dan mengenepikan sabitan serta hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang meminda pertuduhan asal iaitu menculik, kepada menerima wang tebusan di akhir kes pendakwaan.

Hasan memutuskan bahawa pertuduhan yang dipinda oleh Mahkamah Tinggi adalah cacat kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa Lau menerima wang tebusan pada masa, tarikh dan tempat yangt dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda itu.

Pada 15 Oktober 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtarudin Baki mendapati Lau, 44, bersalah kerana melakukan perbuatan itu di kawasan tempat letak kereta NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41B, Kelana Jaya, Selangor pada pukul 9.30 malam pada 1 Mac 2008.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu bersama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas, dengan menahan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang merupakan anak seorang ahli perniagaan, bagi tujuan mendapatkan wang tebusan RM 6 juta. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan