Warden Asrama Dituduh Bunuh Murid 7 Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Warden Asrama Dituduh Bunuh Murid 7 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Warden sebuah sekolah agama pada Khamis dituduh membunuh murid, Syaiful Syazani, 7, di Mahkamah Majistret di sini.

Bagaimanapun tiada pengakuan oleh Hanif Mohd Ali, 26, direkodkan selepas pertuduhan dibacakan.

Hanif dituduh melakukan jenayah itu antara pukul 6 petang dan 12 tengah malam pada 31 Mac lalu di bilik warden asrama pelajar lelaki di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan di Jawi dekat sini.

Peguamnya, Mohd Fikri Abdul Rahman memohon supaya melarang media daripada membuat liputan kes berkenaan tetapi ditolak Majietret Nur Shahida Abdul Rahim.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Azman Abu Hassan mewakili pihak pendakwaan.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 13 Mei nanti.

Saiful Syazani dilaporkan koma selepas mangsa didera pada 31 Mac lalu sebelum meninggal dunia akibat pelbagai pendarahan di kepala pada 3 April selepas dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan