Kes Lanun Somalia Pindah ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes tujuh rakyat Somalia dipercayai lanun yang didakwa melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia di atas MT Bunga Laurel semasa melakukan rompakan di Teluk Aden dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Perintah untuk memindahkan kes tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Shakirah Mohtarudin pada Khamis, selepas membenarkan permohonan yang dibuat pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, tiada tarikh khusus yang diberikan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas hadir bagi pihak pendakwaan manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kes ini, mereka yang dituduh ialah Ahmad Othman Jamal, 25, Abdil Eid Hasan, 20, Koore Mohamad Abdile, 18, dan tiga remaja yang masih di bawah umur.

Kesemua mereka didakwa melepaskan tembakan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan pada pukul antara 8.10 pagi dan 10 malam, 20 Januari lalu di koordinat latitud 20'14.74N longtitud 083'39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kejadian itu didakwa berlaku semasa komando Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) menjalankan operasi menyelamatkan kapal dagang tersebut daripada lanun Somalia yang bersenjatakan raifal AK-47 dan pistol.

Operasi menyelamat tersebut dinamakan sebagai 'Operasi Fajar' dan dijalankan bersama kapal bantuan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Bunga Mas 5.

Semua tertuduh yang ditangkap pada operasi tersebut didakwa di Mahkamah Majistret di sini untuk kali pertama pada 11 Februari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan